5 Januari 2011 - 20:30

Komuniti Syiah Imamiyah di daerah Pendang, negeri Kedah Darul Aman (Utara Malaysia) membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Pendang pada jam 10 pagi tadi berkenaan penghinaan dan fitnah terhadap Syiah yang beredar dalam media Malaysia baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Komuniti Syiah Imamiyah di daerah Pendang, negeri Kedah Darul Aman (Utara Malaysia) membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Pendang pada jam 10 pagi tadi berkenaan penghinaan dan fitnah terhadap Syiah yang beredar dalam media Malaysia baru-baru ini. Kumpulan seramai 20 orang ini diketuai oleh Ustaz Abdullah Hasan sempat mengadakan dialog dengan wartawan berhampiran dengan balai polis tersebut.

Harian Metro (07/01/2011) melaporkan, Abdullah Hassan berkata fahaman Syiah yang diamalkan di Malaysia ialah fahaman Syiah Imamiah dan ia tiada langsung mengamalkan seperti didakwa Jais hingga menyebabkan mereka kini dipandang serong.

Katanya, Jais perlu mengkaji dan mempelajari fahaman Syiah Imamiah sebelum mengambil tindakan serta mengeluarkan kenyataan di media cetak dan elektronik.

Beliau secara peribadi membuat laporan polis dengan menyatakan tindakan yang menyebabkan tersebar fitnah-fitnah liar secara meluas yang telah disiarkan di media massa memburukkan pandangan masyarakat terhadap penganut mazhab ini.

Abdullah bin Hassan merupakan salah seorang bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri/Internal Security Act) yang pernah dipenjarakan di Kem Tahanan Kemunting selama setahun dan setahun lagi di dalam daerah Pendang (2 Oktober 1997- 31 Desember 1999).

Selama dipenjarakan beliau dituduh menerima dana asing, menyebarkan risalah, menganjurkan mesyuarat sulit dan beberapa aktiviti mengajar ajaran sesat yang boleh menimbulkan situasi tidak aman dan perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia.

Meskipun dipenjarakan tanpa diadili di mahkamah, akhirnya beliau dibebaskan dan tidak dipanggil untuk menghadiri kursus pemulihan akidah atau disuruh bertaubat seperti yang dikenakan kepada beberapa ajaran sesat di Malaysia sebelum ini.

Sebelum ini komuniti Syiah di Kuala Lumpur tampil membuat sidang akhbar sambil menuntut permohonan maaf dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor. Malangnya boleh dikatakan hampir seluruh media Malaysia tidak memberi liputan tentang kumpulan ini.

Ustaz Abdullah bin Hassan menjawab pertanyaan wartawan berhampiran dengan Ibupejabat Polis Daerah Pendang.

Berita ini dalam bahasa Parsi:

Berita Berkaitan:

2001/06/18 Abdullah Hassan: Use of ISA against Shia followers 'unIslamic and unconstitutional'

2010/12/16 Jabatan Agama Islam Negeri Selangor menyerbu Hawzah Imam Ridha, Kuala Lumpur

2010/12/16 Susulan penangkapan seorang aktivis Syiah Malaysia dan seorang ulama Iran;
 Kedua tertuduh dibenar ikat jamin

2010/12/18 Gelombang anti Syiah melanda Malaysia

2010/12/18 Malaysia ingin mengambil tindakan ke atas pensyarah dan mahasiswa Syiah

2010/12/19 Menteri Malaysia keliru; Syiah mengancam keselamatan negara?

2010/12/20 Ahli Jawatankuasa Parti Islam Semalaysia (PAS); Mohamed Hanipa Maidin: Berdialog dengan pengikut Syiah, bukan tangkap dan aibkan mereka

2010/12/22 Aktivis Syiah Malaysia Hasan Alatas; Hawzah Imam Ridha (a.s.) mesti dipertahankan

2010/12/24 Ketua penerangan parti Keadilan; Tindakan terhadap Syiah bertujuan mengalih perhatian rakyat

2010/12/27 Jabatan Agama Islam Selangor; Penjara khusus untuk penganut ajaran sesat

2010/12/27 Wakil Syiah Imamiyah Malaysia serah memorandum kepada SUHAKAM + Sebaran Media

2010/01/03 Reaksi Iran terhadap fitnah dan penghinaan kepada Syiah Malaysia; Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran umumkan kecaman

2011/01/03 Pertemuan Konsul Kebudayaan Iran dengan pemimpin PUM

2011/01/06 Pertemuan duta besar Malaysia bersama pemimpin Majlis Syura Islami Iran;